fbpx

PRK DUN Nenggiri : Calon BN, PN buang undi di tempat sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azmawi (dua dari kiri) dan Mohd. Rizwadi (dua dari kanan) selepas mengundi di Tadika Sri Bakawali, Bertam Lama di Gua Musang, hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

GUA MUSANG – Calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Perikatan Nasional (PN), Mohd. Rizwadi Ismail masing-masing selesai membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) di Tadika Sri Bakawali, Bertam Lama, di sini pagi ini.

Mohd. Azmawi Fikri atau Awie yang memakai baju batik dan bersongkok tiba pada pukul 8.20 pagi bersama isterinya, Nur Khamila Mohd. Zin sebelum terus mengundi kira-kira 15 minit kemudian.

“Alhamdulillah, saya dan isteri selesai menjalankan tanggungjawab dengan mengundi pada pagi ini. Diharapkan semua berjalan lancar.

“Saya menyeru seluruh pengundi di DUN Nenggiri untuk keluar beramai-ramai bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, calon PN yang menggunakan logo Pas, Mohd. Rizwadi tiba di pusat pengundian pada pukul 8.40 pagi bersama isterinya, Che Mariam Che Noh.

Mohd. Rizwadi dan isteri kemudian selesai mengundi pada pukul 8.59 pagi.

Sebelum itu, kedua-dua calon sempat beramah mesra dengan pengundi yang hadir semasa proses membuang undi.

Mohd. Rizwadi berkata, ini merupakan kali pertama beliau bertemu dengan Awie yang merupakan sahabat baiknya sepanjang tempoh berkempen.

“Kami tidak pernah terserempak semasa berkempen. Saya berharap semua pengundi dapat keluar beramai-ramai untuk mengundi hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, sumber Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, peratusan pengundi keluar mengundi pada PRK DUN Nenggiri setakat pukul 9 pagi tadi sebanyak 10.9 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI