fbpx

PRK DUN Nenggiri: BN menang undi pos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keputusan semasa PRK DUN Nenggiri

GUA MUSANG – Barisan Nasional (BN) memenangi undian peti undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi keputusan rasmi yang dipamerkan di Dewan Perdana, Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang di sini, seramai 38 orang menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pos bagi PRK itu.

Daripada jumlah itu, 30 undi memihak kepada calon BN iaitu Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani manakala lapan lagi undi untuk calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Rizwadi Ismail.

Selain itu, tiga kertas undi ditolak dan dua lagi tidak dikembalikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI