fbpx

Perlawanan Liga Super antara Perak FC dengan JDT ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perlawanan Liga Super antara Perak FC dengan JDT ditangguhkan atas faktor cuaca dan keadaan padang yang tidak mengizinkan di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Perlawanan Liga Super antara Perak FC dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak di sini ditangguhkan atas faktor cuaca dan keadaan padang yang tidak mengizinkan.

Keputusan itu dibuat oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas perlawanan tertangguh selama 50 minit dan MFL akan mengumumkan tarikh baru bagi perlawanan tersebut.

Hujan turun sebelum perlawanan yang dijadualkan bermula pukul 9.00 malam itu hanya sempat berlangsung selama tiga minit apabila dihentikan oleh pengadil perlawanan Razlan Joffri Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI