fbpx

Pemuda cedera selamatkan tiga beranak daripada rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kebakaran rumah teres di Jalan Toman, Banting, awal pagi ini.

KUALA LANGAT – Seorang pemuda cedera di bahagian tangan ketika menyelamatkan tiga beranak daripada rentung dalam kebakaran di Jalan Toman, Banting awal pagi tadi.

Kecederaan dialami pemuda berusia 24 tahun itu akibat terkena serpihan kaca selepas memecah masuk dari bahagian dapur rumah tersebut.

Tiga beranak tersebut yang diselamatkan itu berusia lima hingga 45 tahun dan tidak mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran melibatkan empat buah rumah teres dengan panggilan kecemasan diterima pukul 1.15 pagi.

Katanya, seramai 23 anggota termasuk pegawai dari tiga buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Telok Panglima Garang bersama jentera terlibat dalam operasi pemadaman.

“Terdapat tiga beranak terperangkap di bahagian belakang salah sebuah rumah berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam. Penyelamat (orang awam) itu yang cedera itu telah dibawa ke hospital,” katanya, hari ini.

Beliau menambah, kebakaran itu menyebabkan dua buah rumah musnah 30 peratus dan dua lagi masing-masing lima dan satu peratus.

Ahmad Mukhlis menjelaskan, sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Perodua Aruz dan Honda Wave musnah keseluruhanya manakala dua lagi motosikal musnah lima dan 10 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI