fbpx

Pembukaan Sukma 2024 Sarawak ‘nang’ padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKMA 2024 kini dibuka dengan penuh meriah. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

 

KUCHING – Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akhirnya dibuka secara rasmi dalam satu majlis pembukaan yang dilangsungkan dengan penuh gemilang di Stadium Sarawak, sebentar tadi.

Walaupun sudah ada yang meraih pingat dalam acara lebih awal, kini kesemua gelanggang pertandingan sah dibuka secara rasmi buat setiap atlet mengambil bahagian.

Walaupun kontinjen yang mengambil bahagian hanya dijadualkan tiba pada jam 7 petang, sambutan rakyat Sarawak cukup luar biasa apabila mereka mula membanjiri perkarangan stadiun seawal jam 2 petang.

Selain keberadaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli Abdul Halim, majlis kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selepas perarakan masuk bendera Jalur Gemilang dan nyanyian lagu Negaraku serta Pertiwiku, majlis diteruskan lagi dengan perbarisan kontinjen setiap negeri yang dimulakan oleh Johor sebelum diakhiri oleh Sarawak.

Selepas ucapan alu-aluan daripada Hannah dan amanat Abang Johari, upacara diteruskan lagi dengan simbolik perasmian yang disempurnakan oleh Wan Junaidi.

Selain persembahan artis popular seperti Jaclyn Victor, Faizal Tahir, Marsha Milan dan Bob Yusof, penonton juga disajikan dengan gimik perasmian menerusi pertunjukkan ‘Drone Bird’, kemasukan obor yang yang dibawa oleh Daeloniel Mcdelon Bong dan Datuk Pandelela Rinong anak Pamg.

Selain itu, Sarawak juga mencipta detik bermakna apabila turut menonjolkan ikon sukan dari negeri itu seperti Ramliee Ahmad, Watson Nyambek, Dieung anak Manggang, Abang Erdie Fazerul Abang Pauzan, Daniel Bego, Bryan Nickson Lomas, Garcie Junita, Elizabeth Jimie, Traisy Vivien Tukiet, Ashey Lau Jen Wen dan Bertrand Rhodict.

Ini adalah kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA, kali ini menawarkan 488 pingat emas.

Pada temasya kali ini, jumlah keseluruhan pingat emas yang ditawarkan adalah membabitkan 236 acara untuk kategori lelaki, 217 (wanita), 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita dan dijangka akan menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI