fbpx

Pastikan ekosistem sukan tidak toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah ketika berucap pada majlis perasmian Sukma 2024 di Stadium Sarawak, Petra Jaya sebentar tadi.

PETRA JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa atlet-atlet Sukan Malaysia (Sukma) 2024 agar memainkan peranan untuk memastikan ekosistem sukan yang tidak toksik serta mengutamakan perpaduan dan menggalakkan persaingan sihat.

“Apa yang penting, apabila seramai 7,838 atlet dihimpunkan, pelbagai mesej boleh disampaikan. Sebagai atlet muda negara yang mempunyai penyokong dan peminat yang ramai, anda semua mempunyai peranan untuk memastikan ekosistem sukan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sukma 2024 di Stadium Sarawak di sini, sebentar tadi.

Perasmian Sukma 2024 itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, Hannah turut menekankan kepentingan untuk platform Sukma diberi penekanan yang lebih tinggi kerana bakat yang diasah di peringkat Sukma adalah bakat yang menjadi harapan negara di temasya sukan antarabangsa.

“Atlet kita di sini, adalah bakal atlet kita di Olimpik kelak. Mungkin dalam kalangan kita, ada atlet Olimpik Brisbane 2032,” katanya.

Sukma kali ke-21 tahun ini merupakan temasya yang terbesar dalam sejarah apabila mempertandingkan 37 jenis sukan melibatkan sembilan bahagian di seluruh Sarawak.

Buat pertama kalinya, atlet wanita menyertai kesemua 37 jenis sukan, termasuklah acara sepak takraw berpasukan wanita yang telah menerima kelulusan Jawatankuasa Tertinggi Sukma dengan penyertaan lima kontinjen khas buat tahun ini.

Selain itu, sukan-sukan yang tidak terpilih dalam Sukma 2022 turut dipertandingkan termasuk sukan baharu seperti sofball, kriket, kabaddi, silambam dan catur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI