fbpx

Mariam lahirkan 44 anak, hamil 15 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DREW bergambar bersama Mama Uganda dan anak-anaknya. - Foto DrewBinsky/YouTube

KAMPALA, Uganda –  Seorang ibu telah melahirkan 44 orang anak tetapi dia hamil cuma sebanyak 15 kali, lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Mariam Nabantanzi  dikenali sebagai Mama Uganda kerana menghidap sindrom hiperovulasi yang menyebabkan dia sangat subur. 

Ibu itu memiliki lima set  kembar lima, lima set kembar tiga dan selebihnya adalah kembar dua.

Pesohor YouTube, Drew Binsky melawat Uganda untuk menyelidiki sejarah keluarganya dan terkejut apabila mendapati Mariam mengasuh anak-anaknya secara bersendirian.

“Sungguh menakjubkan  apabila anda melihat dia berjalan dengan semua anak-anaknya. Terdapat begitu ramai (anak-anaknya),” ujarnya.

Salah seorang penterjemah yang mengiringi  Drew berkata: “Mariam melahirkan ramai anak. Lebih daripada 42 orang. Dia menjaga anak-anaknya dan memberi makanan, kesihatan serta perubatan. Dia seorang wira”.

Suami wanita itu meninggalkannya kerana dia melahirkan terlalu ramai anak.

Anak-anaknya adalah zuriat  lelaki tersebut.

Pada tahun 2019, pada usia tua mencecah 40 tahun, Mama Uganda akhirnya mendapatkan bantuan perubatan supaya dia tidak lagi dapat melahirkan anak. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI