fbpx

Liga Super: KDA FC kempunan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA FC sekadar seri ketika menentang NSFC di Stadium Darul Aman, Alor Setar sebentar tadi.

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus kempunan untuk mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut apabila mereka sekadar seri 2-2 dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) di laman sendiri, sebentar tadi.

Sang Kenari dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh pasukan pelawat pada minit ke-45. Sepakan penjuru diambil pemain import dari Jepun, Takumi Sasaki ditanduk sempurna Jacque tanpa dapat diselamatkan penjaga gol KDA FC, Kalamullah Al-Hafiz untuk gol pertama NSFC.

Gol penyamaan diidamkan KDA FC hadir pada minit ke-53 menerusi Sony Norde. Kelincahannya membantu dia melakukan gerakan solo di tengah padang sebelum melepaskan rembatan kaki kiri melepasi jangkauan penjaga gol NSFC, Aqil Abdul Razak sekali gus menceriakan kira-kira 1,600 penyokong tuan rumah.

Sony seterusnya memainkan peranan penting dengan membuat hantaran lintang dari sebelah kiri padang, untuk disambut dengan tandukan ke gawang oleh Cleylton bagi membolehkan KDA FC mendahului 2-1.

Gol penyamaan yang seterusnya kemudian diperoleh melalui penyerang utama NSFC dari Senegal, Jacque Faye yang melepaskan rembatan dari dalam kotak penalti bagi menewaskan Kalamullah.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI