fbpx

Liga Super: Aksi JDT, Perak FC ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain JDT dan Perak FC hanya sempat diturunkan di atas padang selama tiga minit sebelum aksi dihentikan. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

PETALING JAYA – Aksi perlawanan Liga Super melibatkan Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT di Stadium Perak, Ipoh terpaksa ditunda ke satu tarikh lain berikutan cuaca hujan lebat sebentar tadi.

Terdahulu, perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9 malam itu ditangguhkan selepas hujan berterusan dengan kedua-dua pasukan hanya sempat beraksi selama tiga minit.

Situasi itu menyebabkan permukaan padang di Stadium Perak hampir bertakung dengan air hujan.

Setelah hampir sejam menunggu dan semakan dari pihak komisier perlawanan, keputusan untuk menunda aksi telah dibuat ke satu tarikh baharu yang bakal ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kemudian.

Situasi itu menyaksikan JDT kekal mendahului Liga Super dengan 22 mata selepas mengharungi lapan perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI