fbpx

‘Lift dump spoiler’ tidak boleh keluar ketika berada di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian abangcaptain mengenai lift dump spoiler di TikTok

PETALING JAYA – ‘Lift dump spoiler’ yang terdapat pada sayap pesawat tidak boleh dikeluarkan semasa kapal terbang berada di udara.

Menurut perkongsian seorang juruterbang, abangcaptain di TikTok berkata, ‘lift dump spoiler’ ataupun spoiler hanya keluar semasa mendarat bagi tujuan memberhentikan kapal terbang secepat mungkin.

“Spoiler tersebut perlu dikeluarkan barulah kapal terbang itu boleh berhenti dengan cepat. Sebelum mendarat biasanya juruterbang akan sediakan dahulu spoiler itu, tidak boleh keluarkan ketika di udara.

“Tetapi dalam kes yang berlaku dalam pesawat ini, spoiler tersebut tidak sengaja dikeluarkan oleh salah seorang juruterbang hingga menyebabkan kapal terbang hilang kawalan dan tidak boleh dikawal pada ketinggian yang sangat rendah,” katanya.

Katanya, kapal terbang sukar untuk dikawal sekiranya berada pada ketinggian bawah 1,000 hingga 500 kaki.

“Banyak punca kapal terbang boleh terhempas antaranya ialah ‘pilot error’, keadaan cuaca , masalah teknikal dan sebagainya.

“Tetapi untuk kes di Elmina ini, laporan telah dikeluarkan dan mendedahkan punca sebenar iaitu kegagalan mengawal pesawat berkenaan. Kita ambil iktibarlah daripada kes-kes begini,” ujarnya.

Terdahulu, laporan akhir yang dikeluarkan oleh Biro siasatan Kemalangan Udara (BSKU) semalam mengenai nahas pesawat N28JV, model Hawker Beechcraft 390 Premier di Bandar Elmina, Shah Alam setahun lalu mendedahkan masalah protokol membabitkan peluasan tidak sengaja ‘lift dump spoiler’ menjadi punca kemalangan terbabit.

Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi itu terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang.

Tragedi tersebut mengorbankan 10 nyawa iaitu enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI