BANGKOK – Seorang lelaki ditangkap di Pattaya kerana melepaskan tembakan ke udara dalam keadaan marah kerana putus cinta dengan teman wanitanya, lapor portal berita The Pattaya News semalam.
Lelaki itu turut mengancam penduduk tempatan selepas dia bertengkar dengan wanita berkenaan.
Suspek dikenal pasti sebagai Panuwat Thamthawon, 29, juga dikenali sebagai Guy. Dia ditahan polis Pattaya pada pukul 9.36 malam (waktu tempatan) kelmarin.
Polis mengarahkan Panuwat menyerah diri selepas dia dituduh melepaskan beberapa das tembakan ke udara dan mengancam penduduk di Soi Bongkot, Pattaya.
Menurut polis, lelaki berang kerana wanita berkenaan menghina ibu bapanya.
Panuwat menegaskan bahawa dia tidak menggunakan peluru hidup untuk melepaskan tembakan tetapi hanya untuk membuat bising dan melepaskan kemarahannya.
Lelaki berkenaan menjelaskan bahawa dia tidak mencederakan bekas teman wanitanya atau penduduk tempatan secara fizikal. – AGENSI