fbpx

Jenazah dari KL akan dikebumi di Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024 di sini, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

 

PUTRAJAYA – Jenazah masyarakat Islam di Kuala Lumpur bakal dikebumikan di sebuah kawasan perkuburan baharu diwartakan kerajaan di Semenyih, Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, tapak perkuburan baharu tersebut dengan keluasan hampir 90 hektar itu bakal diuruskan sendiri sepenuhnya oleh Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Saya difahamkan tanah kubur sedia ada di Kuala Lumpur hanya dapat bertahan sehingga enam tahun sebelum kesemua lot itu penuh. Saya diberitahu kerajaan telah pun mengurniakan kepada Jawi satu kawasan agak luas di Semenyih,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah 2024, di sini hari ini.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail ketika berucap pada program itu mendedahkan bahawa tanah perkuburan Islam di lokasi kepadatan tinggi di Kuala Lumpur hampir penuh dan sehingga Julai lepas, penggunaan tanah kariah masjid untuk tujuan itu sudah mencapai 83 peratus dengan baki tinggal cuma 9,957 lot daripada keseluruhan sebanyak 61,235 lot. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI