fbpx

Dron di kawasan persiapan, sambutan Hari Kebangsaan adalah dilarang – CAAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster larangan dron yang dikongsikan CAAM menerusi Instagramnya, hari ini.

PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di sekitar lokasi persiapan sambutan serta perarakan seluruh negara sempena Hari Kebangsaan 2024 bermula dari 26 hingga 31 Ogos ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata, larangan berkenaan bertujuan untuk memastikan persiapan berkenaan dapat dilaksanakan dengan selamat.

Katanya, ia juga bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam.

“Larangan ini juga bertujuan untuk mengelak berlakunya risiko kemalangan terhadap pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menjalankan latihan dan pertunjukan penerbangan formasi rendah di beberapa lokasi sambutan Hari Kebangsaan di seluruh negara sepanjang tarikh yang dinyatakan tersebut.

“CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang risiko serta bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); peraturan 98, peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs),” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit UAS CAAM di alamat emel [email protected] atau layari laman sesawang www.caam.gov.my. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI