fbpx

Cuaca mendung, hujan di beberapa tempat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan dan ribut petir sedang berlaku di beberapa tempat melibatkan kawasan perairan Selat Melaka, pedalaman Negeri Sembilan serta beberapa tempat di negeri Pahang, pagi ini.

Katanya, keadaan itu dijangka beransur reda dalam masa beberapa jam sahaja lagi.

Bagaimanapun, keadaan cuaca di kawasan perairan Selat Melaka masih berpotensi memasuki kawasan persisiran pantai di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka menjelang lewat pagi nanti.

“Selain itu bagi Malaysia Timur pula, MetMalaysia menjangkakan tiada hujan di hampir seluruh bahagian negeri Sabah dan Sarawak pada pagi ini.

“Namun demikian hujan berpotensi berlaku di bahagian Kudat, Sabah menjelang lewat pagi nanti,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, bagi ramalan cuaca lewat petang nanti MetMalaysia berkata, hujan dan ribut petir dijangkakan boleh berlaku di hampir keseluruhan bahagian Semenanjung Malaysia.

“Hujan dan ribut petir dijangka berlaku terutamanya di negeri Kedah, Perak, pedalaman Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, selatan Pahang serta Johor.

“Selain itu di Sabah dan Sarawak pula, hujan dan ribut petir dijangkakan lebih tertumpu di utara Sarawak serta di hampir keseluruhan bahagian negeri Sabah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI