fbpx

Agensi diarah bantu pekebun kecil mohon bantuan Budi Agri-Komoditi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar-Pelajar IPTA dan IPTS Siri 022023 di Dewan Yayasan Bena Nusa, hari ini.- Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengarahkan semua agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi membantu pekebun-pekebun kecil untuk memohon bantuan Budi Agri-Komoditi.

Beliau berkata, permohonan bantuan tersebut mencatatkan peningkatan berbanding sebelum ini di mana hanya 16,000 daripada 300,000 pekebun kecil tampil membuat permohonan bantuan berkenaan.

“Bila harga diesel meningkat, ada yang patut dapat subsidi tapi tidak tahu bagaimana untuk mohon secara dalam talian selain ada pelbagai masalah tiada komputer dan sebagainya jadi kita turun untuk bantu.

“Permohonan mesti meningkat sebab ramai daripada pekebun kecil ini tidak faham atau tidak tahu cara untuk mohon,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar IPTA & IPTS Siri 2/2024, di Dewan Nusa Bena, Taman Melawati, di sini hari ini.

Dalam pada itu, seramai 208 pelajar Institut Pengajian Tiggi (IPT) di Parlimen Titiwangsa menerima bantuan bernilai RM1,000 bagi membantu mereka membeli komputer riba.

Johari berkata, sumbangan tersebut antara lain bagi meringankan beban keluarga dalam kalangan B40 yang perlu mengeluarkan belanja yang banyak bagi membolehkan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran.

“Bila anak nak masuk universiti, mereka nak kena bayar yuran pedaftaran, jadi bila mahu membeli komputer riba ada yang kurang berkemampuan.

“Sumbangan diberi dalam bentuk wang tunai kerana ada sebahagian daripada mereka ada yang mahu ‘upgrade’ komputer riba sedia ada, ada yang mahu beli yang baru jadi sekiranya harga komputer riba itu lebih RM1,000 ibu bapa bantu dengan tambah kos selebihnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI