fbpx

Warna pink jadi imej baharu bas henti-henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY Loke (dua dari kanan) mencuba perkhidmatan bas Program SBST Seremban bagi Pakej B selepas melancarkannya di Terminal Bas Kuala Klawang, Jelebu hari ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

JELEBU – Rekaan berwarna merah jambu bakal menjadi imej baharu bagi kesemua bas yang beroperasi di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti atau (SBST) di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penggunaan warna itu dipilih kerana lebih ceria, mudah dilihat, menyenangkan dan sangat dekat di hati rakyat terutama golongan muda.

“Kesemua tempat akan berwarna ini (merah jambu), jenama baharu dan berikan wajah baharu, kita telah mencari artis grafik untuk buat rekaan ini dan penggunaan warna merah jambu ini dicadangkan kerana lebih ceria.

“Dahulu mungkin sedikit membosankan, jadi kita tidak mahu lagi, kita mahu yang lebih ceria, terang supaya dari jauh orang boleh nampak dan naik bas dengan perasaan lebih ceria,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti Seremban di Stesen Bas Kuala Klawang, di sini, hari ini.

Pada majlis yang sama, Anthony Loke turut mengumumkan penjenamaan semula perkhidmatan SBST Seremban sebagai BAS.MY Seremban.

Menurut beliau, selepas pelancaran program SBST di Seremban bagi Pakej B yang melibatkan tiga koridor iaitu Kuala Klawang, Kuala Pilah/Bahau dan Port Dickson, ia akan diikuti dengan Pakej A iaitu bagi koridor Nilai, Seremban dan Tampin seterusnya pelancaran di negeri-negeri lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI