fbpx

Warga emas hidup sendirian dalam timbunan pakaian terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamilah (tiga dari kanan) melihat timbunan barang lama yang rosak untuk dibuang dari rumahnya di Kampung Sungai Pasir, Sungai Petani pada semalam.

SUNGAI PETANI – Tabiat suka menyimpan barang lama menyebabkan seorang wanita warga emas hidup dalam timbunan pelbagai jenis barang terutama pakaian terpakai di rumahnya di Kampung Sungai Pasir, di sini.

Keadaan rumah yang didiami Jamilah Man, 65, itu tidak terurus bermula dari pintu masuk sehingga ke ruang dapur dan tandas dengan hanya terdapat satu ruang kecil untuk dia tidur dan menonton televisyen.

Menurut Jamilah, usaha untuk mengurangkan timbunan pakaian di dalam rumahnya itu pernah dilakukan sebelum ini, namun terhenti selepas kereta Perodua Kancil miliknya rosak sejak enam bulan lalu.

Jamilah berkata, dia hidup seorang diri selepas kematian suaminya empat tahun lalu selain tidak mempunyai zuriat sendiri.

“Sebelum ini saya tinggal dengan suami di Bakar Arang, di sini dan selepas suami meninggal saya telah berpindah ke kampung keluarga saya di Sungai Pasir ini.

“Semua barang di dalam rumah adalah barangan milik saya yang disimpan sejak sekian lama dan sayang untuk dibuang kerana ada yang masih boleh digunakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Operasi Pasukan Bantuan Madadcare, Murthada Dakwah Center (Madad) Muhammad Ridzuan Osman, 36, berkata, pihaknya bersama beberapa agensi terpanggil untuk membantu membersihkan rumah warga emas terbabit selepas kisahnya tular di media sosial, baru-baru ini.

Katanya, setakat ini pihaknya telah membuang hampir 20 tan barang-barang seperti pakaian, barangan dapur, perabot, majalah-majalah lama dan barangan elektrik yang rosak. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI