fbpx

[VIDEO] Penjawat awam banjiri PICC, tunggu pengumuman ‘durian runtuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XIX) ke-19 di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.-Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA- Suasana di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pagi ini dilaporkan sesak dengan penjawat awam di mana kumpulan itu bakal mendengar pengumuman istimewa berhubung kenaikan gaji hari ini.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, kumpulan penjawat awam daripada pelbagai kementerian, agensi dan jabatan dilihat mula berada di PICC seawal pukul 8 pagi bagi menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang dijadualkan bermula pada pukul 10 pagi nanti.

Mengikut tentatif program, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan amanat beliau kepada 1.6 juta penjawat awam sejurus perhimpunan yang memasuki edisi ke-19 itu dimulakan pada pukul 10 pagi.

Penganjuran MAPPA pada kali ini dilihat begitu istimewa selepas kerajaan memaklumkan penjawat awam bakal mendapat berita gembira berhubung mekanisme pelarasan gaji yang akan disampaikan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, setiap penjawat awam akan mendapat gambaran secara umum mengenai peningkatan gaji masing-masing yang dijangka antara 15 hingga 42.7 peratus pada majlis hari ini.

Dalam konteks ini, peningkatan gaji baharu bagi kumpulan pelaksana melibatkan pegawai Gred 40 dan ke bawah dilihat lebih tinggi dengan dijangka menikmati kenaikan pendapatan sehingga 42.7 peratus.

Untuk rekod, kali terakhir kadar gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada 2013 dengan membabitkan pemberian satu kenaikan gaji tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI