fbpx

[VIDEO] Jangan tolak budak yang datang awal duduk di saf hadapan – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus

PETALING JAYA – Makmum golongan orang dewasa tidak dibenarkan untuk menolak atau menyuruh kanak-kanak yang telah berada di saf hadapan di masjid untuk berada di saf belakang ketika solat berjemaah.

Menjelaskan perkara tersebut, penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus berkata, menurut jumrul ulamak jika kanak-kanak itu dating awal daripada kita, maka kanak-kanak tersebut tidak boleh ditolak atau dipaksa untuk tunaikan solat berjemaah di saf belakang.

“Tapi jika kita (orang dewasa) datang sama masa dan sekali dengan kanak-kanak itu, maka diutamakan untuk orang dewasa berada di saf hadapan manakala mereka berada id saf belakang.

“Ini tidak, budak-budak ni datang awal pukul 6.30 petang dah sampai masjid untuk solat Maghrib. Kita ni pukul 7.15 masih gulung rokok daun. Datang-datang lewat suruh budak pergi saf belakang.

“Itu salah, kalau ada pak cik macam ni boleh tendang atas lehernya,” jelas Azhar dalam satu klip video ceramahnya di YouTube baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI