fbpx

Tak sempat brek punca pemandu bas ekspres maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

KULAI – Seorang pemandu bas ekspres tidak sempat memperlahankan kenderaan sebelum merempuh belakang lori di Kilometer 49.4, Lebuh Raya Utara Selatan di sini awal pagi semalam.

Nahas pada pukul 2.30 pagi itu menyebabkan pemandu bas berusia 48 tahun maut akibat tersepit di tempat duduknya.

Ketua Polis daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, kejadian menyebabkan 11 penumpang bas dan seorang pemandu lori cedera.

Siasatan mendapati ketika kejadian bas ekspres itu dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur ke Larkin Sentral, Larkin.

“Pemandu bas dipercayai tidak sempat memperlahankan kenderaan dan melanggar belakang lori menyebabkan ia bergerak ke depan dan merempuh lori lain jenis Scania.

“Enam penumpang bas menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang manakala enam yang lain dirawat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai,” katanya.

Semakan mendapati pemandu bas ekspres mempunyai 13 rekod saman. Polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui sama ada pemandu tersebut berada dalam keadaan ‘micro sleep’ yang menjadi punca kemalangan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI