fbpx

Suasana pilu iringi perjalanan akhir dua warga emas rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Ara dan suaminya, Mohamed Nor disembahnyangkan di Masjid Jamek Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar hari ini.

MUAR – Suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Jamek Kampung Paya Redan, Pagoh di sini ketika mengiringi perjalanan akhir jenazah pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah, Jumaat lalu.

Kira-kira 200 ahli keluarga, sanak saudara dan juga penduduk kampung terbabit yang menanti ketibaan van membawa jenazah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan isterinya, Ara Abd Hamid, 76, dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Jenazah pasangan itu disembahyangkan di masjid berkenaan sebelum akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, Pagoh di sini.

Suami isteri itu antara tiga sekeluarga yang maut dalam kejadian bunuh dan bakar rumah disyaki dilakukan anak sulung mereka berusia 48 tahun yang kini dalam tahanan polis.

Allahyarham dilaporkan rentung 80 peratus menyebabkan pasukan forensik sukar mengenalpasti jantina mereka.

Difahamkan, sebahagian ahli keluarga terdiri anaknya menuntut jenazah di HPSF sekitar pukul 9 pagi selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperolehi tengah hari semalam.

Selain Mohamed Nor dan Ara, seorang cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11, turut maut dengan terdapat kesan kecederaan pada kepala dan juga muka.

Seorang lagi cucu mereka, Norazmina Mohd Radhi, 14, terselamat dan kini masih menerima rawatan di hospital sama.

Sabtu lalu, jenazah Noradriana selamat disemadikan bersebelahan pusara ibunya, Nurul Armiza yang meninggal dunia empat tahun lalu akibat kanser.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI