fbpx

SSM lancar 2 platform baharu, sasar hampir 30 juta transaksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Sabki (tengah) ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Platform Baharu Pembekalan Maklumat Korporat SSM dan SSM BizDay 2024, hari ini.

SUBANG JAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyasarkan hampir 30 juta transaksi menerusi platform yang baharu dilancarkan, hari ini iaitu SSM Search dan SAFEDATA-SSM, bagi tempoh lima tahun pertama.

Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan pencapaian berjumlah 26.4 juta transaksi menerusi dua platform sedia ada bagi tempoh sama iaitu dari 2019 hingga 31 Julai tahun ini.

“Dua platform terdahulu iaitu MyDATA-SSM dan Portal SSM e-Info merekodkan sebanyak 26.4 juta transaksi dan dijangka meningkat lima peratus (27.72 juta) dengan pengenalan platform SSM SEARCH dan SAFEDATA-SSM.

“SSM kini memiliki empat platform untuk membekalkan maklumat entiti-entiti perniagaan, memperluas capaian dan kemudahan bagi orang awam dan pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Platform Baharu Pembekalan Maklumat Korporat SSM dan SSM BizDay 2024, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai memanfaatkan peluang yang ditawarkan melalui program berkenaan dengan mendaftarkan perniagaan masing-masing.

“Melalui portal-portal ini, pelanggan boleh mendapatkan 37 jenis produk SSM, termasuk profil perniagaan, profil syarikat, maklumat kewangan syarikat dan salinan sijil pendaftaran perniagaan.

“Saya berharap platform-platform ini akan terus menjadi sumber rujukan utama bagi maklumat entiti-entiti perniagaan di Malaysia,” katanya.

Sementara itu mengikut statistik keseluruhan SSM katanya, sebanyak 1,565,801 syarikat telah diperbadankan dan 9,323,469 perniagaan serta 39,783 Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) telah didaftarkan dengan SSM sehingga 31 Julai 2024.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 677,351 syarikat, 1,659,838 perniagaan dan 35,821 PLT adalah aktif.

“Selain itu, terdapat 677,351 syarikat, 1,659,838 perniagaan, dan 35,821 PLT yang aktif dalam daftar SSM,” ujarnya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) melalui bahagian Aduan & Maklum Balas, SSM Chatbot, Live Chat SSM di portal rasmi SSM, talian 03-7721 4000 atau emel [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI