fbpx

Skim perkhidmatan tidak relevan akan dipindahkan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Skim perkhidmatan yang tidak relevan, bertindih dan terpencil akan dipindahkan kepada skim perkhidmatan yang lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan tersebut akan memberikan laluan kerjaya lebih baik serta mobiliti yang lebih luas kepada penyandang.

“Seperti contoh skim pemandu lokomotif, pengurus asrama, operator wayarles dan jurusolek. Menyeragam dan mengkelaskan semula gred jawatan secara menyeluruh berdasarkan keperluan semasa perkhidmatan awam.

“Meminda syarat lantikan bagi 17 skim perkhidmatan bagi memperoleh bakat terbaik berkhidmat di dalam perkhidmatan awam selari evolusi teknologi dan dasar pendidikan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau mahukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melakukan audit perjawatan secara menyeluruh untuk memastikan beban tugas yang ditanggung oleh setiap unit, bahagian di kementerian serta agensi adalah adil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI