PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bergurau dengan mengatakan Jemaah Menteri belum memutuskan secara muktamad mengenai gaji perkhidmatan awam.
Gurauan itu disampaikan beliau sewaktu memulakan ucapan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pagi ini.
“Jemaah Menteri belum putuskan secara muktamad gaji perkhidmatan awam. Kalau saya senyum tu bergurau lah.
“Saya nak tengok ada ‘boo’ ke tidak. Oleh kerana senyum, maknanya ada kesabaran.
“Memang benar saudara sabar 12 tahun dan masa bertindak sekarang,” katanya.
Ucapan beliau yang turut ditayangkan secara langsung mendapat tepukan daripada penjawat awam yang hadir pada majlis tersebut. – KOSMO! ONLINE