fbpx

Sanggup tolak gaji RM5.7 bilion di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS (kiri) kini menjadi sasaran terbaharu kelab dari Arab Saudi yang sanggup membayar harga tinggi dengan memecahkan rekod perpindahan dunia. - REAL MADRID

MADRID – Real Madrid tidak berniat untuk melepaskan aset berharga mereka, Vinicius Junior meskipun gergasi Sepanyol itu ditawarkan yuran perpindahan yang mampu memecahkan rekod dunia dari segi penjualan pemain.

Vinicius yang kini menjadi sasaran utama kelab dari Arab Saudi, dilaporkan mempertimbangkan tawaran bakal diterimanya, namun Real menegaskan mereka tidak akan melayan sebarang bidaan di bawah klausa pelepasan yang ditetapkan iaitu £1 bilion (RM5.7 bilion).

Rekod perpindahan dunia kini dipegang oleh Paris Saint-Germain (PSG) selepas membayar €222 juta (RM1.08 bilion) untuk mendapatkan Neymar dari Barcelona pada 2017.

Vinicius yang telah menjaringkan 24 gol dalam semua perlawanan untuk Real pada musim lalu merupakan pemain penting kelab berkenaan sejak berhijrah pada 2018.

Pemain sayap lincah Brazil itu juga menjadi watak penting ketika membantu Real menjuarai saingan La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Sementara itu, Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi memiliki 75 peratus modal dalam empat kelab utama iaitu Al Ahli, Al- Ittihad, Al-Hilal selain Al-Nassr dengan kini meneruskan projek besar dan berhasrat menjadikan Vinicius sebagai duta negara itu bagi Piala Dunia 2034.

Difahamkan, pihak Saudi telah menghubungi wakil Vinicius untuk berbincang mengenai gaji tahunan yang boleh mencecah sehingga €350 juta (RM 1.71 bilion) setahun.

Bagaimanapun, pemain itu masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya, apatah lagi Real jelas tidak mahu melepaskan bintang muda mereka.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI