PETALING JAYA – Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang mengalami kecederaan ke Malaysia bagi menerima rawatan, akan tiba di negara ini dalam beberapa jam lagi.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.
“Dalam masa beberapa jam, pesawat dari sempadan Mesir-Gaza membawa ibu dan anak-anak yang cedera parah, akan insya-Allah sampai ke KLIA dan diberi rawatan oleh pasukan kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE