fbpx

Penyamun tular tikam pekerja kedai aiskrim akhirnya dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan wajah suspek serta kejadian berkenaan.

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang tular menikam seorang pekerja wanita rangkaian kedai aiskrim ketika melakukan samun di Taman Sri Muda sebelum ini, akhirnya berjaya ditangkap polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, suspek merupakan warga Pakistan berusia 39 tahun dicekup kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Katanya, penangkapan suspek dilakukan di sebuah pangsapuri di Puncak Alam.

“Turut dirampas senjata yg digunakan dan pakaian yang pakai oleh suspek semasa kejadian.

“Dengan tertangkapnya suspek maka pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Jelas beliau, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam pada pukul 9 pagi esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pekerja wanita cedera selepas ditikam mengggunakan pisau pemotong kertas dalam kejadian samun di sebuah kedai aiskrim di Taman Sri Muda di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi tersebut, mangsa berusia 21 tahun mengalami tiga kesan torehan pada bahagian badan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI