fbpx

Peniaga jangan sabotaj usaha kerajaan naikkan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali ketika ditemui pemberita selepas Ops Tiris 3.0 membabitkan gas petroleum cecair (LPG) di Lukut, di sini, hari ini. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

PORT DICKSON – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran kepada semua pihak terutamanya peniaga untuk tidak menaikkan harga masing-masing, sekali gus mensabotaj usaha baik kerajaan dalam menaikkan gaji penjawat awam.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pihaknya tidak mahu peniaga mengambil kesempatan berhubung kenaikan gaji tersebut kerana kenaikan tersebut tidak mempunyai kaitana secara langsung kepada kos operasi serta kos perniagaan mereka.

Malah menurut beliau, walaupun kenaikan gaji yang diumumkan itu berlaku bermula 1 Disember, namun pihaknya khuatir sekiranya ada pihak-pihak tertentu melakukan pencatutan daripada awal supaya kenaikan tidak ketara.

“Jadi penguatkuasaan itu perlu dibuat pada kadar segera. Kita akan mengambil tindakan tegas di peringkat pergerakan harga untuk mendapatkan alasan serta justifikasi pihak-pihak terlibat yang melakukan pergerakan kepada harga barang dan perkhidmatan masing-masing.

“Kerajaan melakukan perlarasan kenaikan gaji penjawat awam ini adalah untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat khususnya penjawat awam. Itu sebab kenaikan besar berlaku di peringkat bawahan.

“Kita tidak mahu ada pihak sabotaj usaha Kerajaan dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Kita tidak mahu peniaga mengambil kesempatan dan akan melaksanakan penguatkuasa lebih-lebih lagi pasca pengumuman kenaikan gaji ini,” katanya selepas Ops Tiris 3.0 membabitkan gas petroleum cecair (LPG) di Lukut, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI