fbpx

Penduduk Ciapas minum 2.2 liter Coca-Cola setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk negeri Chiapas minum Coca-Cola seperti minuam air kosong. - Visitala Radio

TUXTLA GUTIERREZ, MEXICO  –  Jenama minuman ringan Coca-Cola menerima permintaan luar biasa di negeri  Chiapas, Mexico, dengan setiap seorang penduduknya dianggarkan minum sehingga 821.1 liter air tersebut setahun, lapor laman berita Oddity Central.

Ia adalah 32 kali lebih tinggi berbanding purata pengambilan global.

Penduduk Chiapas minum lebih banyak Coca-Cola berbanding orang lain di seluruh dunia iaitu kira-kira 2.2 liter sehari, sekali gus menjadikannya lebih popular berbanding air kosong.

Coca-Cola dijual dan diiklankan hampir di mana-mana di negeri itu, dan harganya hampir semurah air kosong.

Kebanyakan orang tidak mengambilnya sebagai hidangan, sebaliknya sebagai satu cara untuk mereka kekal terhidrat sepanjang hari, Namun, ramai yang tidak tahu bahawa mereka sebenarnya ketagih dengan air itu.

Minuman bergas itu telah wujud di Chiapas selama lebih setengah abad dan begitu tertanam dalam budaya tempatan serta dalam amalan keagamaan.

Purata pengambilan tahunan Coca-Cola per kapita di Mexico adalah 160 liter, jauh lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat iaitu 100 liter per kapita, dan jauh lebih tinggi daripada purata tahunan global 25 liter per kapita. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI