fbpx

Pemuda ketagih saman media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan aplikasi media sosial pada sebuah telefon bimbit. - Foto AFP

OTTAWA – Seorang lelaki Kanada berusia 24 tahun memulakan saman terhadap platform media sosial  kerana menyebabkan dirinya menjadi  terlalu ‘ketagih’ pada laman-laman  berkenaan, lapor portal berita country 103.7 kelmarin.

Media sosial yang disaman ialah TikTok, YouTube, Reddit, Instagram dan Facebook.

Menurut Rangkaian Televisyen CTV, plaintif menuduh syarikat-syarikat itu mereka bentuk platform masing-masing dengan cara sehingga menyebabkannya dia menjadi ketagih secara keterlaluan.

Lelaki itu mendakwa bahawa produktivitinya merosot dengan ketara dan dia  mempunyai imej negatif disebabkan oleh ketagihannya sejak mula menggunakan media sosial pada 2015.

Menurut saman sama, dia menggunakan aplikasi rangkaian sosial sehingga empat jam pada setiap hari.

“Plaintif mendapati bahawa ia (media sosial) mempunyai kesan negatif terhadap produktiviti dan waktu tidurnya,” kata Philippe Brault dari Lambert Avocats iaitu firma guaman yang mewakili lelaki itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI