fbpx

Pembantu peribadi ‘rembat’ barang kemas milik pelakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

AMPANG – Pembantu peribadi seorang pelakon ditahan selepas disyaki mencuri barang kemas milik majikannya di rumahnya di Taman Cempaka, di sini pada 26 Jun lalu.

Perbuatan wanita itu terbongkar selepas pelakon terbabit mendapati rantai emas miliknya tiada dalam simpanan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pengadu mendapati dua gelang emas dan satu utas rantai emas milik anaknya tiada dalam beg tangan.

“Pengadu mengesyaki suspek mencuri aksesori emas tersebut. Pada Mac lalu, pengadu pernah kehilangan wang RM10,000. Anggaran kerugian adalah RM30,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menahan suspek di pekarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak pada Rabu lalu.

“Beberapa percakapan termasuk pengadu dirakam. Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Suspek yang mempunyai dua rekod kes jenayah komersial ditahan reman selama empat hari hingga Ahad ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI