fbpx

Pemandu HR-V maut dilanggar ketika tolak kenderaan rosak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Honda HR-V 1.8L V dipandu Sivanesan yang mengalami kerosakan selepas dilanggar sebuah lori tangki dalam kejadian di Kilometer 53.2 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) dekat Kluang pagi hari ini.

KLUANG- Seorang lelaki maut akibat dilanggar sebuah lori tangki ketika sedang menolak kenderaan dinaikinya yang rosak dalam kejadian di Kilometer 53.2 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi tadi itu melibatkan K. Sivanesan, 48, yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V 1.8L V dan sebuah lori tangki dipandu Mohd Azhar Mohd Halim, 28.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kedua-dua kenderaan dari arah yang sama dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Sivanesan telah mengalami kerosakan menyebabkannya berhenti di lorong kiri lebuh raya itu.

“Sivanesan yang memandu seorang diri kemudiannya telah turun dari keretanya untuk menolak ke lorong kecemasan sebelum sebuah lori tangki datang dari belakang dan melanggarnya,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menuntut Bahrin lagi, akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah di kepala, patah kaki dan tangan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan.

Ujarnya, siasatan juga mendapati kejadian berlaku kerana kegagalan pemandu lori tangki mengelak mangsa akibat daripada tidak perasan dan keadaan gelap tiada lampu jalan di kawasan kemalangan.

Mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI