fbpx

Pelarasan gaji penjawat awam: Perkara penting yang perlu anda tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seramai 1.6 juta penjawat awam menerima ‘durian runtuh’ menerusi pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelarasan gaji baharu kumpulan tersebut sebentar tadi.

Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu setakat ini:

1. Kenaikan gaji meliputi pelbagai kumpulan jawatan dalam perkhidmatan awam.

– Kumpulan Pelaksana: Kenaikan sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 (Disember 2024) dan lapan peratus pada Fasa 2 (Januari 2026).

– Kumpulan Pengurusan dan Profesional: Kenaikan sebanyak empat peratus pada Fasa 1 (Disember 2024) dan tiga peratus pada Fasa 2 (Januari 2026).

– Kumpulan Pengurusan Tertinggi: Kenaikan sebanyak empat peratus pada Fasa 1 (Disember 2024) dan tiga peratus pada Fasa 2 (Januari 2026).

– Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.

2. Pelarasan gaji baharu pendapatan penjawat awam dijangka meningkat dalam julat 16.8 peratus hingga 42.7 peratus.

3. Jumlah pendapatan merangkumi gaji pokok dan elaun, bagaimanapun ia tidak termasuk elaun khusus.

4. Kumpulan penjawat awam kini boleh menyemak kadar gaji baharu menerusi perkhidmatan kalkulator gaji Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) secara dalam talian.

5. Kerajaan bersetuju melaksanakan reformasi bagi mengoptimumkan sumber dan peningkatan produktiviti, antaranya meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.

6. Semua perkhidmatan agensi kerajaan yang berada di luar negara akan diletakkan di bawah satu bumbung bermula 1 Januari ini, sekali gus mampu menjimatkan wang kerajaan.

7. Kerajaan bersetuju Skim Saraan Malaysia (SSM) digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI