fbpx

Pejabat kerajaan di luar negara akan disatukan sebagai langkah penjimatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua perkhidmatan agensi kerajaan yang berada di luar negara akan diletakkan di bawah satu bumbung bermula 1 Januari depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut sekali gus mampu menjimatkan wang kerajaan.

Menurut Anwar, ia termasuk pejabat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

“MOTAC, MATRADE, MITI dan selain Kedutaan semuanya mempunyai pejabat masing-masing. Jadi, bermula 1 Januari 2025, semua pejabat di luar negara akan disatukan bawah satu bumbung bagi menjimatkan belanja dan mengoptimumkan operasi.

“Dunia masih kecil, ekonomi dan teknologi kian canggih tetapi cara kita berfikir dan bertindak masih usang, sebab itu saudara semua kena kerjasama.

“Menteri dan kementerian kena terima kenyataan bahawa kerja ini boleh dijalankan kerja secara optimum melalui proses lebih teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI