fbpx

Paetongtarn Shinawatra  Perdana Menteri Thailand paling muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAETONGTARN mendapat kepercayaan Parlimen untuk memimpin Thailand hari ini. – AFP

BANGKOK – Paetongtarn Shinawatra, 37, yang merupakan anak perempuan bilionair Thaksin Shinawatra, memenangi undian di Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Thailand hari ini.

Paetongtarn merupakan perdana menteri paling muda dalam sejarah Thailand yang mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan. 

Beliau mengambil alih kuasa selepas mahkamah tertinggi Thailand memecat Perdana Menteri Srettha Thavisin kerana melantik menteri kabinet yang mempunyai rekod jenayah. 

Paetongtarn akan berharap dapat mengelakkan nasib yang menimpa bapa dan ibu saudaranya selepas mereka ditumbangkan tentera semasa pergelutan kuasa selama dua dekad antara Thaksin dengan penyokong tentera dan penyokong raja.

“Anggota-anggota Parlimen menyokong Paetongtarn yang memimpin parti Pheu Thai sebagai Perdana Menteri dengan 319 mengundi menyokong berbanding 145 yang menentang,” kata Speaker Dewan Rakyat, Wan Muhamad Noor Matha.

Paetongtarn membantu menguruskan hotel dalam empayar perniagaan milik keluarganya sebelum menceburi dunia politik lewat tahun 2022.

Wanita itu dikenali di Thailand dengan nama panggilan Ung Ing. Beliau adalah anak bongsu Thaksin.

Paetongtarn membesar di Bangkok dan belajar pengurusan hotel di Britain. Beliau kemudian berkahwin dengan seorang juruterbang komersial. Pasangan itu mempunyai dua orang anak. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI