fbpx

Paetongtarn Shinawatra berdepan undian Parlimen untuk jawatan PM Thailand 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAETONGTARN merupakan pemimpin parti pemerintah, Pheu Thai dan juga anak perempuan bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra. – AFP

BANGKOK – Anggota-anggota Parlimen Thailand akan mengundi pagi ini untuk melantik Paetongtarn Shinawatra, 37, yang merupakan anak perempuan bilionair, Thaksin Shinawatra sebagai Perdana Menteri Thailand. 

Bapa Paetongtarn, Thaksin dan ibu saudaranya, Yingluck Shinawatra pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Thailand sebelum ini.

Sekiranya terpilih, Paetongtarn akan menjadi Perdana Menteri termuda dalam sejarah negara itu.

Beliau juga akan menjadi wanita kedua yang menggalas jawatan tersebut.

Sesi pengundian itu dijadualkan bermula pukul 10 pagi (waktu tempatan).

Sesi itu diadakan selepas mahkamah tertinggi Thailand memecat Perdana Menteri Srettha Thavisin kerana melantik menteri kabinet yang mempunyai rekod jenayah. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI