fbpx

Paderi gereja didakwa amang seksual remaja lelaki 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang paderi gereja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki berusia 13 tahun, Jun lalu.

Tertuduh, B. Moses Melchidezek,27, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Moses didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah gereja di Bandar Bukit Puchong antara pukul 5 petang hingga 7 malam akhir Jun lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya. Siti Nabilah Abd Rashid mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan selain tidak menganggu mangsa selagi prosiding belum selesai.

Peguam Datuk N. Sivananthan bagaimanapun memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM6,000 bagi setiap pertuduhan dan menyerahkan syarat-syarat lain untuk pertimbangan pihak mahkamah.

“Anak guam saya seorang paderi di sebuah gereja. Kejadian dikatakan berlaku di gereja tempatnya bekerja.

“Anak guam saya telah berkahwin dan pengadu (mangsa) tidak lagi tinggal di gereja tersebut dan tidak akan diganggu lagi,” jelasnya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selain melaporkan diri pada hari pertama setiap bulan di balai polis berhampiran.

“Kamu juga tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan keluarga. Kalau langgar, syarat jaminan akan ditarik,” kata hakim itu.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 September depan.

Kosmo! kelmarin melaporkan polis menahan seorang paderi selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap lelaki berusia 13 tahun di Puchong.

Mangsa mendakwa dia diganggu secara fizikal oleh suspek di dalam bilik tidur gereja. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI