fbpx

Netizen minta Amir Ahnaf buka mulut, beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIR AHNAF

PETALING JAYA – Susulan kontroversi curang dan tuduhan kaki perempuan, pelakon Amir Ahnaf ‘diserang’ netizen dalam media sosial dan ramai dalam kalangan peminat meminta agar dia segera memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Sebahagian netizen turut meluahkan kemarahan dengan tindakan pelakon berkenaan yang didakwa mengambil kesempatan ke atas wanita.

Meninjau ruangan komen dalam Instagram, netizen mengkritik tindakan Amir atau nama lengkapnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, selain tidak menyangka pelakon itu akan terpalit dengan kisah panas.

“Dapat madu sepah dibuang begitu saja.

“Apabila jadi begini mungkin Amir boleh bagi penjelasan.

Tangkap layar desakan peminat agar Amir tampil bersuara berhubung isu terkait dengannya melibatkan beberapa wanita.

“Tak sangka boleh jadi sampai begini. Kenapa?”

“Zaman kejatuhan, tengok muka pun sudah tahu,” sebahagian daripada komen netizen.

Meskipun menerima kecaman, masih ada segelintir netizen yang memberikan sokongan kepada pelakon drama Syurga Itu Bukan Mudah terbabit.

“Saya tidak sebelahkan mana-mana pihak, Tapi kenapa hendak salahkan dia? Bukan perempuan itu yang tak boleh melupakanya (move on).

“Kalau dia tidak salah mungkin boleh bagi kenyataan dan bukannya foto profil tiada. Dan satu lagi tak baik bagi harapan palsu kepada orang lain,” tulis netizen.

Terdahulu, tular beberapa foto mesra menunjukkan Amir bersama seorang wanita yang didakwa menjalin hubungan cinta dengannya.

Tidak hanya itu, muncul seorang lagi wanita yang mendakwa pernah bercinta dengan Amir difahamkan percintaan mereka tidak kesampaian disebabkan pelakon itu curang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI