PETALING JAYA – Kru tidak mempunyai latihan yang mencukupi selain kesedaran mengenai operasi ‘lift dump system’ turut menyumbang kepada kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada Ogos tahun lalu.
Menurut laporan Biro siasatan Kemalangan Udara, ketidakbiasaan pembantu juruterbang (Second-in-Command) dengan risiko khususnya ‘lift dump system’ membawa kepada sambungan yang tidak disengajakan.
Laporan itu juga mengatakan pengaturan kawasan kelabu (grey area) dan amalan organisasi menjejaskan pengawasan dan pematuhan keselamatan.
“Pengendali pesawat gagal untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan bagi perkhidmatan udara tidak berjadual dan mematuhi peraturan Malaysia yang menekankan jurang dalam pengawasan operasi,” kata laporan setebal 148 muka surat itu.
Malah, komunikasi yang tidak berkesan dan proses membuat keputusan terbukti semasa fasa kritikal penerbangan.
Ketiadaan taklimat atau amaran khusus mengenai operasi ‘lift dump system’ dan keputusan untuk menyimpang daripada protokol tempat duduk standard menggariskan kekurangan terhadap komunikasi dan membuat keputusan. – KOSMO! ONLINE