fbpx

Nahas Elmina: Tidak sengaja aktif ‘lift dump spoiler’ punca kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masalah protokol membabitkan peluasan tidak sengaja ‘lift dump spoiler’ oleh juruterbang merupakan punca terjadinya nahas pesawat tersebut pada 17 Ogos lalu.

PETALING JAYA – Punca utama kepada berlakunya nahas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor melibatkan pesawat N28JV, model Hawker Beechcraft 390 Premier 1 tahun lalu adalah kerana masalah protokol membabitkan peluasan tidak sengaja ‘lift dump spoiler’.

Menerusi laporan akhir yang disediakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendapati, masalah tersebut terjadi ketika juruterbang sedang melakukan pemeriksaan sebelum memulakan pendaratan.

“Penyebab utama kemalangan adalah sambungan tidak disengajakan ‘lift dump spoiler’, kemungkinan besar oleh komandan kedua semasa pemeriksaan sebelum pendaratan.

“Tindakan ini menyebabkan secara tiba-tiba pesawat kehilangan daya angkat, mengakibatkan kehilangan kawalan yang dahsyat dan seterusnya berlaku kemalangan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dalam kejadian pada 17 Ogos 2023, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang.

Tragedi ini mengorbankan 10 nyawa iaitu enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI