fbpx

Mulai Isnin, kita mahu semangat baharu- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga penjawat awam hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA XIX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PETALING JAYA – “Mulai hari Isnin, kita mahu lihat semangat dan budaya kerja baharu dalam kalangan penjawat awam,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, menerusi peningkatan gaji itu, perkhidmatan kepada orang ramai juga perlu berubah, sekali gus tidak berada di takuk lama.

“Tak bermakna kalau kita tingkatkan, tapi rakyat tunggu mengapa dulu dua jam nak dapat lesen. Sekarang masih dua jam. Kenapa menunggu dua minggu dapatkan kelulusan, mesti terus dua minggu.

“Jadi mesti ada suatu ikhtiar, iltizam, kecekapan. Pentadbiran baharu, saya minta nanti KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) pastikan dilaksanakan tanpa tolak ansur,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pagi ini.

Beliau berkata, ganjaran yang diumumkan juga adalah kepada penjawat awam yang menunjukkan kesetiaan dan khidmat baik.

“Satu kalangan kecil yang minoriti mengetepikan prinsip amalan bersih, cuai dan malas. Saya beritahu di sini, takkan diberikan layanan dan takkan diberi ganjaran setimpal,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI