fbpx

‘Muka terus bengkak’ – Bebas kanser, Elyana masih jalani kemoterapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elyana masih menjalani kemoterapi walaupun sudah berstatus bebas kanser.

PETALING JAYA – Biarpun disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapi sejak 11 tahun lalu, penyanyi Elyana bagaimanapun masih perlu menjalani rawatan kemoterapi.

Menerusi perkongsian Instagram, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 37, memberitahu dia baru selesai menjalani rawatan kimoterapi di sebuah pusat perubatan.

“Muka terus bengkak sebab steroid dan chemo (kemoterapi).

“Saya sudah puas tidur tadi masa buat kimo (kemoterapi). Jadi sekarang saya tidak boleh tidur lagi.

“Tetapi sekejap lagi saya hendak makan ubat, mengantuk juga untuk rehat. Kalau tidak tepu juga kalau orang semua tidur,” katanya.

Dalam video itu menunjukkan Elyana berada di atas katil hospital dengan wajah ceria, namun kelihatan sedikit keletihan.

Julai lalu penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu itu berkongsikan keadaan dia menjalani rawatan kemoterapi yang keempat.

Elyana juga sebelum ini pernah meluahkan rasa kecewa apabila perkongsiannya tentang menjalani rawatan kemoterapi mendapat kecaman daripada netizen.

Malah, dia juga pernah mengatakan tiada lagi hantaran mengenai perjalanan kemoterapi ekoran kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI