fbpx

‘Menteri’ Millah Abraham ditahan, JAINJ perhebat operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Fared . - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang mendakwa dirinya bertaraf ‘menteri’ dalam kalangan pengikut Millah Abraham diberkas di kediamannya di Batu Pahat Rabu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan pada pukul 7.15 malam dalam operasi khas ‘Ops Milab (Millah Ibrahim/Abraham) yang dijalankan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Katanya, operasi bersepadu bersama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu bertujuan membanteras penyebaran ajaran dan fahaman Millah Ibrahim/Abraham.

“Hasil operasi bersepadu itu, seorang individu disyaki pengikut ajaran ini telah diberkas di kediamannya. Individu tersebut mendakwa dirinya berstatus ‘Menteri’ dalam kelompok ajaran ini.

“Sebutan kes ke atas individu tersebut dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Batu Pahat semalam dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 24 September depan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, seramai 14 pengikut ajaran sesat itu yang berusia 22 hingga 67 tahun ditahan dalam beberapa siri serbuan di Batu Pahat, Segamat, Muar dan Pontian.

Seramai 11 lelaki dan tiga wanita itu dituduh mengikut di bawah Seksyen 13(1)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997. Enam daripada mereka didakwa mengikut Seksyen 9 enakmen sama pada 6 Ogos lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI