fbpx

Mangsa banjir Alor Gajah dapat rebat air percuma selama sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, Melaka pada minggu lalu terpaksa menunggu empat jam sebelum air bah mulai surut dan pulang ke rumah masing-masing.

MELAKA – Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) hari ini mengumumkan bantuan khas rebat air secara percuma kepada lebih 1,500 mangsa banjir kilat di daerah Alor Gajah, Ahad lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, rebat itu diberikan membabitkan 3,521 akaun pengguna SAMB bagi kawasan Alor Gajah khususnya di Masjid Tanah yang dilanda musibah itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM177,453.50.

Menurutnya, setiap mangsa perlu membuat permohonan kepada (SAMB) dengan mengemukakan surat laporan polis atau surat pengesahan daripada agensi berkaitan yang telah mengesahkan premis terjejas akibat bencana alam itu.

“Kerajaan negeri berharap rebat yang diberikan kepada 6,000 mangsa daripada 1,500 keluarga dapat meringankan bebanan rakyat di Masjid Tanah dan Alor Gajah yang terkesan teruk akibat banjir yang melanda.

“Keputusan untuk memberikan rebat air secara percuma kepada semua mangsa banjir diputuskan pada Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hari ini,” ujarnya kepada pemberita pada sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Ab. Rauf berkata, nilai kerugian kerosakan akibat banjir kilat yang berlaku dianggarkan berjumlah RM2.3 juta membabitkan kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Kuala Linggi, Lendu, Ayer Limau dan Rembia.

Beliau menambah kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan sebanyak RM300 menggunakan Tabung Bencana Negeri Melaka dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM510,000 di samping 1,500 kit makanan diagihkan kepada semua mangsa tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI