WASHINGTON – Seorang wanita di negeri Texas menempa nama dalam Guinness World Records kerana memiliki lidah paling lebar di dunia, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.
Brittany Lacayo mencatatkan rekod dunia tersebut selepas Guinness mengesahkan dia mempunyai lidah dengan ukuran lebar 7.89 sentimeter.
Dia berjaya mengalahkan pemegang rekod sebelumnya yang juga seorang wanita, Emily Schlenker.
Emily mempunyai ukuran lebar lidah 7.34 sentimeter.
Lacayo mendapati lidahnya lebih lebar berbanding panjang, selepas diukur dari epiglotis yang terletak di belakang lidah.
“Ia kemas dan agak lucu,” kata Lacayo kepada Guinness World Records. – AGENSI