fbpx

Laman sesawang kalkulator gaji SSPA bertukar ‘404 Not Found’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aplikasi perkhidmatan kalkulator gaji SSPA tidak dapat diakses oleh penjawat awam ketika ini berikutan laman tersebut mengalami masalah.

PETALING JAYA – Aplikasi perkhidmatan kalkulator gaji Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dilihat tidak dapat diakses oleh penjawat awam ketika ini berikutan laman tersebut mengalami masalah.

Hasil semakan Kosmo! pada pautan sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php, laman tersebut hanya memaparkan “404 Not Found” (404 Tidak Dijumpai).

Bagaimanapun, semakan awal sekitar pukul 12 tengah hari tadi, laman tersebut masih boleh diakses dengan lancar.

Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, kalkulator gaji yang disediakan di portal SSPA itu membolehkan penjawat awam mengetahui secara terperinci jumlah kenaikan diterima mereka.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji sebanyak 15 peratus bagi kumpulan pelaksana serta pengurusan dan profesional yang dilaksanakan secara berperingkat iaitu pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026.

Bagi kumpulan pengurusan tertinggi, kenaikan diterima pula ialah sebanyak 7 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI