fbpx

KKDW komited laksana reformasi budaya kerja lebih agresif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited untuk melaksanakan reformasi budaya kerja lebih agresif selaras dengan Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KKDW dalam satu kenyataan berkata, warga kerja kementerian itu akan terus meningkatkan produktiviti dan kecekapan untuk mencapai tahap prestasi tinggi seiring dengan semangat Reformasi Perkhidmatan Awam (Civil Service Reform).

“Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan oleh Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang lebih kompetitif ini bukan sahaja
memberi suntikan semangat baru kepada warga kerja KKDW, malah menjadi inspirasi untuk lebih berdaya saing, seterusnya membawa perubahan kepada pembangunan negara.

“Selain memastikan reformasi dapat dilaksanakan dengan lebih agresif,
SSPA dengan penyelarasan gaji yang lebih baik ini juga akan membantu mengurangkan risiko rasuah, ketirisan dan pembaziran yang menjadi cabaran dalam sektor awam,” katanya hari ini.

Susulan itu, KKDW berkata, tatakelola dalam sistem pengurusan dan pentadbiran kementerian itu akan diperkemas dan diperkukuhkan.

“Warga kerja KKDW turut diingatkan supaya tidak memandang ringan dan remeh soal nilai serta integriti yang menjadi tonggak perkhidmatan awam.

“Sebagai sebuah kementerian yang memegang amanah memajukan pembangunan dan kelestarian desa, kami berikrar memastikan setiap reformasi dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menyeluruh seiring misi Luar Bandar Sejahtera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI