fbpx

Kena ada SPM nak jadi orang ‘gomen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga penjawat awam hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA XIX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam dipertingkat kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.

Seiring dengan peningkatan syarat lantikan ini, beban dan kompleksiti tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan.

Perkara ini akan menggalakkan penugasan berbilang (multitasking) dan kemahiran berbilang (multiskilling) dalam kalangan pegawai sebagai pulangan kepada kerajaan, penggunaan sumber manusia perkhidmatan awam dapat dioptimum.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pagi ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI