fbpx

Jumpa mayat berpakaian di dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dibawa ke dalam trak polis dan suasana di sekitar lokasi penemuan mayat wanita tersebut.

SHAH ALAM – Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan hanya memakai baju dan seluar dalam di longkang besar berhampiran perumahan Dillenia, Seksyen U11 di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, penemuan mayat tersebut yang terapung di longkang berkenaan dimaklumkan orang awam kira-kira pukul 6.30 petang.

Katanya, setakat ini identiti mayat tersebut belum dapat dikenalpasti.

“Ketika ditemui, mayat berkenaan didapati hanya berpakaian baju dan seluar dalam serta dalam keadaan berulat.

“Pemeriksaan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke atas badan mayat itu tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian simati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, mayat telah dihantar ke forensik Hospital Shah Alam untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Izzman Mohd. Idrus di talian 013-4003355,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI