fbpx

Juara Olimpik Paris dedah jadi mangsa buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SE-YOUNG

SEOUL – Kemenangan An Se-young di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 bukan sahaja mencetus sensasi, malah turut membongkar detik hitam pernah dialami pemain berusia 22 tahun itu bersama Persatuan Badminton Korea (BKA).

Menerusi pendedahan oleh media Korea iaitu Maekyung (MK), Se-young pernah menjadi mangsa buli dari segi mental dan fizikal selama tujuh tahun ketika bersama skuad kebangsaan Korea tersebut.

Antara pendedahan mengejutkan adalah Se-young diarahkan untuk mencuci pakaian dan membersihkan bilik pemain senior dalam pasukan kebangsaan.

“Selama tujuh tahun, Se-young dilaporkan telah membaiki tali raket yang putus milik pemain senior dan turut bertanggungjawab atas tugas-tugas remeh seperti membersihkan bilik dan mencuci pakaian,” lapor MK.

Kerana layanan buruk tersebut, ibu bapa Se-Young telah berjumpa dengan pihak pengurusan BKA pada Februari lalu, namun tidak mendapat layanan sewajarnya.

SE-YOUNG mendedahkan detik hitam dialaminya sejuru memenangi pingat emas perseorangan wanita Olimpik Paris baru-baru ini. – AFP

“Ibu bapa Se-young telah memohon agar masalah ini diselesaikan, terutamanya mengenai beban tugas yang dihadapi oleh anak mereka di perkampungan atlet. 

“Se-young juga menuntut perubahan menyatakan bahawa dia tidak dapat berehat dengan sepatutnya selepas latihan kerana dibebani tugas-tugas remeh,” tambah laporan MK.

Menurut laporan MK, jurulatih pasukan kebangsaan dilaporkan bahawa mereka tidak dapat menangani masalah tersebut dengan segera dan hanya berjanji akan menyelesaikannya secara beransur-ansur.

Sebelum ini, Se-young secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap BKA sejurus memenangi pingat emas di Olimpik Paris dengan menyatakan bahawa BKA gagal menjaga kebajikannya ketika dia mengalami kecederaan lutut sewaktu Sukan Asia Hangzhou 2023. 

Sebaliknya, dia terpaksa bermain dalam beberapa perlawanan dalam keadaan menahan kesakitan.

Berikutan pendedahan itu, Kementerian Sukan Korea dan Jawatankuasa Sukan & Olimpik Korea (KSOC) telah memberikan jaminan bahawa mereka akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca masalah ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI